Jap.
Kamu complain kat siapa ya? Simpan untuk diri sendiri ke...Meroyan kat kawan ke...Ngadu kat emak ke...Buat laporan kepada pihak berkuasa ke...atau terus tanyanajib kat twitter?? Mengaku sini, Aku ni jenis kuat komplen. Celah-celah mana pun boleh komplen. Tapi kalau asyik komplen pun tak guna. Sebab nanti kita bunyi lebih, then kena label "pembangkang". Cukuplah. Cukup. At least aku berani suarakan apa aku rasa. Aku berani cakap apa yang sememangnya benar. Tapi berbalik kepada persoalan kita...complain kepada siapa?
Bagi aku, Aku telah jumpa satu saluran. dan Aku percaya kepada perubahan yang saluran ini perjuangkan. Aku semakin berani untuk menjadi diri aku sendiri malah lebih baik daripada itu. Setiap rungutan perlu ada jalan penyelesaian. I repeat. Setiap rungutan perlu ada jalan penyelesaian. Aku belajar prinsip penting itu dari saluran ini.
*Sedih kerana masih ramai antara kita yang masih hidup dalam ketakutan. Bukan kita tidak tahu atau tidak sedar. Hakikatnya kita tidak mahu ambil kisah kerana takut akan malapetaka palsu.
Sampai kapan begini? Ayuh bangkit sebelum melarat.
Sampai kapan begini? Ayuh bangkit sebelum melarat.
0 comments:
Post a Comment