Thursday, October 22, 2009

ikan, kucing dan ica..

ok...firstly..bile cter balik dlm blog ni...
xkan feel cm waktu2 gentir saat kejadian-kejadian aneh itu berlaku...

waktu makan bersama..bersembang tenang sambil menikmati juadah makan malam gaya barat..
ayam panggang berasap..kambing potong...IKAN dan KENTANG...

bermula lah..episod pertama..IKAN dan ica...
begini..dia berniat baik..hendak menyumbang ikannya kepada nadia..nadia sudah meragui cara penyampaian ikan itu kepadanya..namun malang tak berbau..ikan yang digendong dengan pisau itu..terjun ke dalam gelas air suamnya..*ketawa2*...
hendak di jelaskan di sini bahawasanya...potongan ikan itu sebesar tapak tangan..besar seperti ikan normal..
ikan yang telah digoreng bersalut serbuk roti itu seperti kembali hidup saat ia menjunam ke dalam air suam milik ica...*gelak tawa ria..icah bermuka merah menjadi malu*

bagaimana mahu menutup malu ini??...ica seperti buntu..dia seperti mahu menyimpan ikan itu dalam akuarium gelas air suam..buat tatapan adik-adik kecil yang bermainan di situ..
buangla..kemudian dia meletak gelas itu di bawah meja..* ketawa-ketawa*...
keluarkanlah ikan tersebut...ya..dia mengikut..
gelas itu diletakkan semula di atas meja...serbuk gorengan ikan kelihatan....di dasar air suamnya..
sebentar tadi adalah satu kejadian abnormal..keseronokan terasa..namun rasa malu memuncak bagi pihak si dia..ish2...kering gusi rakan-rakan semeja..

episod seterusnya..bukan abnormal bagi ica..sememangnya..dia manusia yang takut akan binatang yang berbulu dan bergerak..
sedang-sedang kami bersantai..menenangkan perut yang kembong air..kemudian..

WOOOEEHYEEEAAAHHHHHHHHH!!!!!

aksi meloncat gaya filem aksi ganas berlaku di depan mata..seperti ica mahu mengelak daripada peluru berpandu sebelah rumah..syikin juga melompat seperti terpijak periuk api!...apakah yang sedang berlaku...mengapa..aksi luar biasa ini..walhal orang ramai lalu-lalang di hadapan kita??...

oh..oh..oh...KUCING rupanya....

sedar-sedar sahaja dari pemecahan lemak perut akibat ketawa..kucing itu datang padaku..kucing itu kelihatan seperti tidak cukup umur..masih naif..agaknya..kucing itu terkejut melihat perilaku manusia bernama ica..ish2..

yang tidak bole belah adalah reaksi rakan seperjuangan, syikin..tiba-tiba sahaja..'marilah kita pulang sekarang'...melihat ica dan syikin tidak sedap punggung duduk di situ..kami pun berangkat pergi..dengan perasaan masih geli hati...

-hahahahahHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA-








p/s:: nasib tiada insiden hilang ibu jari kaki akibat kunyahan ikan keli gergasi..

p/s 2:: krdt to ckin..bagi title..dia saksi cerita di atas...

sekian~


0 comments:

Post a Comment

 

© 2009PanDemoniuM | by TNB